e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Kucing Parsi Beranak | KucenMaster

Sabtu, 4 April 2015

Kucing Parsi Beranak

kucing parsi flatface

Kucing parsi beranak aku beranak lagi. Kali ni giliran Diva pula. Kali terakhir kucing ni beranak pada 21 Jun 2014. Tahun lepas beranak 3 ekor tapi cuma seekor je yang survive. Kali ni pun, 3 ekor juga keluar tapi seekor mati masa jumpa. Harap yang 2 ekor ni hidup sampai besar.

Lepas beranak tahun lepas, beberapa kali juga kucing parsi ni 'on heat' tapi sengaja tak bagi dia mengawan sebab beranak terlalu kerap boleh membahayakan kesihatan kucing comel ni. Tak berbaloi dapat baby baru tapi Diva yang dah lama aku bela ni terkorban kan?
kucing oren
Anak Diva sebelum ni - Azura
Kelahiran anak kucing parsi ni sebenarnya tak dijangka sebab masa periksa Diva pagi dan tengahari tadi, tak ada tanda dia nak beranak hari ni. Air ketuban pun tak keluar lagi. Alih alih isteri aku bagitahu petang tadi Diva dah beranak. Aku pun tengok memang betul dia dah beranak. Malangnya kali ni Diva tak pandai pilih tempat. Punya luas bilik kucing ni, boleh pulak dia beranak dalam bekas pasir kucing. Biasanya dia pilih untuk bersalin dalam kotak. Tak pasal semua bergelumang dengan pasir jenis 'clumping'. Seekor dah tak bernyawa.

Satu hal pula aku nak bersihkan bulu seekor demi seekor. Bersihkan diva bukan susah sangat sebab dah biasa mandikan. Tapi 2 ekor anak kucing baru lahir ni, seriau juga nak mandikan sebab takut dia tak tahan. Tapi terpaksa buat juga sebab pasir jenis 'clumping' ni melekat kuat macam tanah liat bila kena benda basah.
kucing comel
'Menuju ke markas' kata isteri aku
Mula mula akau mandikan Diva dan keringkan dulu. Lepas Diva dah kering betul betul, barulah boleh mandikan anak anak kucing ni. Sebabnya Diva perlu hangatkan anak anaknya yang kesejukan selepas mandi.
kucing menjaga anak
Dalam kotak bersama baby
Dah alang alang mandi, semua kucing pun kena join mandi sekali termasuk Kitty yang dijangka beranak Isnin ni. Huhuhu. Kali terakhir Kitty beranak pada 15 Jun 2014. seminggu awal daripada Diva. Beranak 3 ekor tapi yang hidup cuma Waka dan Aurora je. Tahun lepas, lepas 4 hari Kitty beranak, barulah dia ada susu. Sementarea nak tunggu dia ada susu, akulah yang bagi susu formula untuk anak anak dia. RM40 untuk setengah kilo.
anak kucing
Menyusukan anak kucing
Kali ni, rasanya takada masalah susu lagi sebab susu Diva banyak. Kalau Kitty tak ada susu, baby Kitty masih boleh menumpang susu Diva. Sama macam sebelum ni.
kucing cantik
Diva dan Kitty menjaga anak anak. Apa yang penting - KERJASAMA
anak kucing comel
Hasil penjagaan Diva dan Kitty
Kepada semua sahabat handai dan reader, doa doakanlah baby Diva kali ni semuanya dapat hidup. Aminn.

3 ulasan:

Akak Vitamin berkata...

Ekornya tuuu cantik! Gebu.

Cik Yaya berkata...

dia..wahh bulu dia... ^o^

Hanafi Abdullah berkata...

cantik la..memang best pelihara kucing parsi..

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes