e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Pengeluaran Duit KWSP Kekal Pada Umur 55 Tahun | KucenMaster

Khamis, 23 April 2015

Pengeluaran Duit KWSP Kekal Pada Umur 55 Tahun

epf

Akhirnya drama pasal duit KWSP ni berakhir. Pencarum EPF boleh mengeluarkan wang simpanan pada umur 55 tahun. Sama macam sebelum ni.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan perkara di Invest Malaysia tadi. Menurutnya, 'Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun mahu mereka diberi hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun.' Walaubagaimanapun, sesiapa yang masih berkerja dan mencarum, pengeluaran boleh pada umur 60 tahun.
invest malaysia
Berucap di Invest Malaysia
Sebenarnya menunggu 5 tahun lagi selepas umur 55 tahun amat berbaloi kerana kita akan memperoleh tambahan dividen sebanyak 33%. Bayangkan kalau duit EPF tu ada RM100,000.00. Dalam masa 5 tahun wang tu akan meningkat kepada RM133,000.00. Banyak tu. Campur duit tabung kita sejak kecil, silap silap boleh beli cincin mahal.Hahaha
Boleh beli ni guna simpanan seumur hidup campur KWSP
Sebenarnya isu had pengeluaran ni boleh dijangka pengakhirannya. Dalam keadaan rakyat tengah marah pasal GST ni, tambah pula dengan serangan Tun Dr Mahathir, takkanlah Perdana Menteri nak cari pasal lagi. Mungkin ini sekadar sebuah drama politik je kot.

4 ulasan:

yoorin melacolea berkata...

selagi umur kite x 55 tahun , masih was2 lg laa.. sebab otak pemikiran diorang ni sentiasa berubah2..tu yg merisau kann.. sy ada lg 26 tahun untuk rasa risau.. humm

Hero Borneo berkata...

jangan harap duit KWSP sahaja untuk duit persaraan..cari pasif income untuk tampung hari tua..

kucen master berkata...

@yoorin melacolea, kalau masa umur 55 kita dah byk duit, mungkin tak kisah tunggu 5 tahun lagi

kucen master berkata...

@Hero Borneo, ramai sebenarnya yg usaha tambah pendapatan.tapi bab menabung tu tak ramai yang mampu.bila ada duit, ada je keinginan utk membeli benda mahal.walaupun pendapatan tinggi, tapi simpanan habuk

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes