e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Air Selusuh Untuk Memudahkan Bersalin | KucenMaster

Rabu, 20 Mei 2015

Air Selusuh Untuk Memudahkan Bersalin

Air selusuh untuk memudahkan wanita bersalin memang dah lama digunakan dalam masyarakat melayu. Ada berbagai akar kayu, herba dan sumber daripada haiwan yang boleh digunakan untuk membuat air selusuh. Ada petua yang datang daripada kajian dan pengamatan orang dulu dulu. Ada juga yang datang daripada kepercayaan karut semata mata.

Proses kelahiran kucing
Ada satu petua mudah bersalin yang melibatkan kucing. Mungkin orang zaman dulu memerhatikan kucing beranak yang prosesnya agak mudah berbanding manusia. Timbul kepercayaan yang kucing memiliki khasiat istimewa untuk memudahkan proses bersalin yang boleh digunakan untuk manusia.
Uri kucing
Tanpa kajian saintifik, orang dulu dulu mengambil uri kucing dan dikeringkan. Apabila dekat nak bersalin, rebus uri kering tu dan minum air rebusannya. Orang yang mengamalkannya dipercayai mudah melahirkan bayi. Wekkkkk!!!. Ada selera ke nak teguk?

Walaupun kedengaran jijik dan haram di sisi Islam, Masih ada segelintir masyarakat melayu yang masih berpegang pada kepercayaan karut seperti ini.

Pada aku, dalam kita berusaha mengekalkan adat istiadat dan jati diri bangsa, kita perlu mengkaji semula adat adat dan petua kita. Mana yang baik, kita teruskan. Mana yang bertentangan dengan agam atau memudaratkan, kita tinggalkan. Jadilah bangsa yang maju.

**P/S Agak agak masih ada tak orang simpan tali pusat anak anak dalam satu botol dengan tujuan merapatkan hubungan adik beradik?

7 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Ish..kembang tekak..hihihi..berkat doa,,usaha,,tawakkal in sya Allah semuanya mudah..

kucen master berkata...

@PeRdU cINta, hahaha. tak boleh bayangkan macamana diorang teguk

Zizie Zack berkata...

eeeiiiiiiiii.. first time la dengar pasal ni.. terus pandang kucing rumah yg tengah sarat bunting. xdapat imagine la org yg minum air tu... T___T

kucen master berkata...

@Zizie Zack, jgn pandang lama2.nanti kucing tu pulak rasa seram

Nurulhuda Abu Hassan berkata...

eeeeuuuwww. urghh. geli nye. Siapa lah pernah teguk. Hailaaaa.

kucen master berkata...

@Nurulhuda Abu Hassan, cuba buat survey, ada tak yang mengaku pernah teguk?heheee

Zimirrah Abu Bakar berkata...

Ish.. geli tgk . tapi air selusuh skrg tak gna dah benda tu . skrg ni diorg gna nma air selusuh tp sebenarnya air yg djmpi dgn ayat2 Al-quran yg sesuai utk mdahkan brsalin ni .

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes