e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Anak Kucing Parsi Untuk Dijual | KucenMaster

Selasa, 5 Mei 2015

Anak Kucing Parsi Untuk Dijual

kucing parsi
Anak kucing parsi untuk dijual. Setelah dilahirkan pada hari Sabtu 4 april 2014, ramai yang tertunggu tunggu bila agaknya baby ni dibuka untuk tempahan. Dan lebih penting lagi, berapa harga yang bakal saya letak.

kuailiti kucing parsi
Salah satu elemen penting menentukan kualiti kucing parsi
Seperti biasa, harga kucing parsi ni bergantung kepada kualitinya. Selain bulu, kedudukan hidung menjadi elemen penting untuk menentukan harga. Semakin tinggi kedudukan mata, semakin tinggi harganya. Sebab tu harga tak dapat ditentukan awal awal. Kena tengok dulu perkembangan anak kucing parsi tu.
anak kucing comel
Sila abaikan anak kuda kat belakang tu
Berbalik pada anak kucing parsi yang saya nak jual ni. Ada tiga ekor semuanya. Seekor jantan dan dua ekor betina. Yang jantan warna van bicolor ni berharga RM2000. Sebelah tu kucing parsi betina berwarna tortoise tu berharga RM1100. Akhir sekali, kucing parsi berwarna calico berharga RM1500.


RM2000
Selain mukanya yang agak comot dengan susu Diva walaupun dilahirkan oleh Kitty, anak kucing parsi ni yang paling menepati kualiti muka eksotik seekor kucing parsi flatface highnose. Gabungan warna putih dan cream menambah lagi kecomelan budak ni.


RM1100
Kitten tortoise muka kemek ni memang comel. Tapi kedudukan hidungnya yang agak 'jatuh' sedikit. Kategori kucing parsi flatface low nose.


RM1500
Anak kucing parsi ni memiliki warna yang paling menarik antara tiga beradik ni. Hidungnya agak tinggi berbanding si 'tortoise' tadi. Juga kategori Kucing parsi flatface low nose.


Mak kepada tiga beradik ni. Bukan untuk dijual
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan hasil jualan sekadar menampung perbelanjaan kucing kucing saya termasuk makanan, pasir, ubat ubatan dan sebagainya. So, janganlah minta tawar sangat ya. Kalau sikit tu mungkin akan dipertimbangkan. Hehee.

Bagi yang berminat, sila ambil perhatian. Kucing kucing ini hanya akan dijual selepas berusia 2 bulan atau selepas 6 Jun 2015. Bagaimanapun, kucing ini boleh dibooking dengan bayaran RM300 seekor. Selebihnya perlu dibayar semasa datang mengambil kucing. Bayaran booking tidak akan dikembalikan kecuali kucing yang dibooking mati sebelum sampai ke tangan pembeli (ajal di tangan tuhan). Ini untuk mengelakkan saya daripada dipermainkan oleh pembeli yang tak serius. Hubungi saya 0143344455.

20 ulasan:

Awanama berkata...

Boleh byr instalment x?

Unknown berkata...

@Tanpa Nama, tapi kena bayar habis sebelum ambil

Unknown berkata...

K......Whatapps pic & price....yg female ke 0129818061.....thks......

Ima berkata...

Comel sangatt

dear anies berkata...

OOOO kenapa plak mak dia x bleh dijual??? ;-)

Sham berkata...

Woo mahai kucing parsi ni ek...padan la dengan kecomelan dia tu...heeee

Unknown berkata...

@Norfairuz Hasbullah,ok, nanti saya wasap

Unknown berkata...

@Imamemang comel dan manja.tapi penjagaan pun agak manja juga

Unknown berkata...

@Khai♥Rin : anies,mak dia saya dah bela lama. bòleh nangis kalau hilang atau jual

Unknown berkata...

@Sham, memang agak mahal.tapi berpatutan dengan kos

NARDtheNERD berkata...

warna creammmm tu comelll. hee.

Unknown berkata...

@NARDtheNERD, yg tu paling kemek dan paling tinggi hidung beliau

Fatimah Nabila berkata...

ala, comelnya..huhu..

Sekuntum Sakura Merah Jambu berkata...

@kucenmaster boleh share tips pjagaan kucing parsi bg newbie yg nk memulakan. May b entry ttg tools yg diperlukan n etc ;)

Unknown berkata...

Masih ada lgi ke anak kucing yg belum dijual

Awanama berkata...

ade lagi x kitten utk dijual?

Awanama berkata...

saya dari indonesi, saya mau jual kucing jantan belang tiga. kalau ada yg berminat hub saya no 085225201921
thks...

Unknown berkata...

Jual la.. saya bukak harga rm5000 kucing flat face

Unknown berkata...

@Topex 230494, perghhh mahal giler...siap cert sekali ke?

Aida berkata...

Sy ni tringin nk bela kucen bulu kembang..dpt mix parsi pun xpe..Tp rege yg below rm200..sbb sy bukanlah mampu sgt...huhuhu..Kalo kucen master Ada nk jual yg mix Tp murah info Sy ya 0196060073

Catat Komen

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes