e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Familia Myvi Club Tiba Tiba Jadi Famous | KucenMaster

Isnin, 4 Mei 2015

Familia Myvi Club Tiba Tiba Jadi Famous

familia myvi club
Familia Myvi Club. Tiba tiba je nama ni meletup kat Malaysia setelah enam biji kereta dari Familia Myvi Club dikatakan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan maut yang meragut tiga nyawa termasuk seorang bayi di highway DUKE.

kemalangan di duke
Mitsubishi Pajero Sport pun boleh hancur macam ni
Mengikut laporan saksi, pada pukul 12.30 tengah malam 2 mei, 6 biji myvi berlumba di lebuhraya DUKE menghala ke Damansara. Dalam perlumbaan ni, salah sebuah kereta myvi yang juga ahli kelab Familia Myvi Club  telah merempuh sebuah kereta Mitsubishi Pajero Sport yang dinaiki oleh oleh Fairuz Nizam, isteri dan bayi mereka. Pelanggaran yang kuat ni telah meremukkan kereta Mitsubishi Pajero Sport milik mangsa dengan teruk. Malah kesemua mangsa telah tercampak keluar dan mati di tempat kejadian. Bayangkan betapa kuatnya impak pelanggaran tu. Tak pasal pasal 2 lagi anak mangsa menjadi yatim piatu semata mata sebab budak budak Familia Myvi Club ni kemaruk nak berlumba.
kelab myvi
Penafian dari Familia Myvi Club
Tapi tiba tiba muncul pula statement dari wakil Familia Myvi Club, Yana, yang menafikan dakwaan berlumba ni. Menurutnya, kemalangan berpunca dari kereta Pajero yang menukar lorong secara tiba tiba. Siap ada laporan polis lagi. Tapi bercanggah dengan laporan saksi yang mengatakan 6 biji Myvi ni berlumba telah mencucuk kenderaannya sebelum sebuah Myvi berwarna kuning menggesel bahagian kanan Pajero. Pelanggaran ini menyebabkan Pajero hilang kawalan dan masuk ke lane kiri lalu dilanggar pula oleh Myvi putih. Dua laporan yang berbeza. Tapi bila tengok keadaan Pajero yang hancur teruk tu, aku percaya laporan saksi. Pajero yang keras tu takkan hancur sampai macam tu sekali kalau tak dilanggar dengan kelajuan yang gila babi.
familia myvi club
Dua laporan versi berbeza.Siapa buat laporan palsu?
Tak tahulah mana satu yang betul tapi kalau tengok rakaman cctv di tol, memang nampak sangat ada 6 biji Myvi sedang berlumba. Harap harap orang yang bersalah tu akan terima balasan yang setimpal. Kesian kat mangsa yang dah arwah tu. Masa hidup, dilanggar sampai mati. Dah mati difitnah jadi punca kemalangan. Kesian juga kat anak mangsa yang tiba tiba jadi yatim piatu.

2 ulasan:

nur ikaa berkata...

ada cable besar....saman xbayar pn boleh bayar rotax kan

kucen master berkata...

@nur ikaa, memang ada cable besar.tapi bila dah jadi kes besar macam ni, kabel pun boleh putus

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes