e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Petua Memanjangkan Bulu Kucing | KucenMaster

Khamis, 28 Mei 2015

Petua Memanjangkan Bulu Kucing

Macam mana cara melebat dan memanjangkan bulu kucing? Ada tak cara memanjangkan bulu kucing kampung? Ada juga kucing baka bulu panjang seperti kucing parsi dan birman tetapi bulu pendek je, kenapa ye? Sejak buat blog ni, ramai juga yang bertanyakan soalan soalan macam ni.

Sebenarnya, bulu panjang atau tak bergantung pada baka. Kalau dah kucing tu baka bengal atau british shorthair, lumurlah minyak rambut tanco banyak banyak pun, takkan panjang. Macam tu jugak kucing sphnyx, hantarlah pergi Yun Nam pun, bulu takkan tumbuh.
kucing bulu terpanjang di dunia
Tapi kalau kucing tu baka bulu panjang, tapi bulu tak panjang, maknanya ada yang tak kena. Hari ni aku  kongsikan tips tips penjagaan bulu kucing. Ada beberapa perkara yang kita mesti ambil berat. Ni aku listkan kat bawah.

Kesihatan - Kucing yang sakit biasanya bulu akan nampak kusam, tak berseri dan senang gugur. Sesekali bawalah jumpa vet untuk vaksin dan pemeriksaan kesihatan.

Sikat Bulu - Amalan menyikat bulu kucing dapat membersihkan bulu dan mengelakkan bulu bersimpul. keadaan yang bersih dapat menggalakkan pertumbuhan bulu.

Mandi - Juga untuk kebersihan kulit dan bulu. Syampu sekurang kurangnya 2 minggu sekali.

Elakkan Stress - Stress boleh menyebabkan bulu gugur. Pastikan tiada gangguan pada kucing anda. Contoh gangguan budak nakal yang suka menarik ekor atau salakan anjing jiran.

Kasih Sayang - Ramai yang tak ambil berat bab ni. Membelai kucing bila ada masa je. Kucing perlukan kasih sayang yang mencukupi untuk elakkan stress. Lebih lebih lagi kalau cuma seekor kucing di rumah. Kalau rasa masa anda terlalu singkat, carikan teman untuk si comel tu. Tapi kalau kucing tu tak serasi, mungkin akan menambah stress kucing tu.

Suhu - Suhu yang panas boleh menyebabkan bulu kucing menipis dan gugur. Pasang air cond atau sekurang kurangnya kipas angin.

Nutrisi - Zat pada makanan perlu dititikberatkan. Kekurangan nutrisi boleh membantutkan pertumbuhan bulu. Ada juga supplemen untuk bulu kucing di pet shop.

Parasit - Kutu dan hama mungkin mengganggu kucing korang. Ada macam macam jenis kutu. Ada yang jenis menghisap darah dan menyebabkan kegatalan dan kurap. Ada juga jenis fur mites yang merosakkan bulu. Bulu akan jadi rapuh dan asyik gugur je.

Mandulkan - Keinginan seks yang membuak buak boleh mengganggu hormon. Kucing yang dah dimandulkan lebih stabil hormonnya. Biasanya kucing mandul lebih gemuk dan cantik bulunya. Masalah kencing merata juga boleh diatasi dengan cara ni.

Tips tips ni bukan setakat untuk panjangkan bulu je. Tapi untuk kesihatan kucing kita. Untuk kucing berbulu pendek pun, bulu akan nampak lebih berseri.

4 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Wah..best info ni..terima kasih..

azizah green line berkata...

ooo baru tau ni nice tips..

Kita Ni Tak Perfect!!!! berkata...

ooo..tq ye..

Kakak Tiri Cinderella berkata...

Oh? Baru tau. Thanks for da tips. Tapi kesian laa pulak kalau dimandulkan. Haha - KTC

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes