e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Petua Mengajar Kucing 'Membuang' Di Tempat Yang Betul | KucenMaster

Khamis, 14 Mei 2015

Petua Mengajar Kucing 'Membuang' Di Tempat Yang Betul

Kucing dan manusia memang tak dapat dipisahkan. Dah beribu ribu tahun kucing menemani manusia walaupun bela kucing ni tak ada kegunaan yang khusus. Paling berguna pun untuk tangkap tikus. Tu pun kalau kucing tu berani. Kucing aku, nampak tikus terus lari. Hahaha.

Walaupun tak berguna untuk menyenangkan hidup manusia, kucing adalah haiwan peliharaan yang paling popular di dunia sejak beribu tahun. Saiznya yang sedap dipeluk, kecomelan rupanya, sifatnya yang tergedik gedik minta dibelai menyebabkan haiwan ini disayangi. Namun disebalik keseronokkan membela kucing, terdapat banyak masalah yang perlu difikirkan pemiliknya. Salah satunya ialah masalah berak.

Sebagai makhluk hidup, kucing perlu berak untuk membuang bahan bahan yang tidak diperlukan. Itu bukan masalah. Masalahnya ialah di mana kucing itu berak dan bagaimana kita menguruskannya.

Kebanyakkan kucing, kita hanya perlu menyediakan pasir di tempat yang sepatutnya. Lepas tu pandai pandailah kucing tu berak dan mengambuskan bahan buangannya. Cukup masa, kita mengaut dan membuang tahi kucing tu untuk dilupuskan. Habis cerita.

Tapi kadang kadang ada kucing yang suka buat hal. Berak merata rata walaupun tempat dah disediakan. Ikut suka suki kucing tu je. Atas sofa, depan pintu dan lebih menyedihkan lagi atas tilam. Kalau dia pergi rumah jiran dan buat masalah ni, silap haribulan, kucing tu balik tak cukup sifat atau tak balik terus.

Cara penyelesaiannya, aku pun tak tahu. Tapi aku ada terbaca pasal petua elak kucing berak merata rata. Betul atau tidak, tak tahulah. Tapi kalau korang ada petua lain, silalah kongsikan di ruangan komen ye.

Caranya ialah ambail sebatang lidi. Ukur lidi tu dari bontot hingga ke hujung ekor kucing tu. Patahkan ikut panjang ekor kucing dan buang yang selebihnya. Gunakan lidi tu untuk untuk mengetuk ngetuk perlahan kepala kucing dan cakap dan tunjuk kat kucing tempat berak yang betul. Bagi arahan tu dengan gaya seorang guru displin. Tapi jangan garang sangat kalau tak nak tayar kereta anda dipancitkan. Miahahaha.

Pastu recycle lidi yang sama untuk buat benda yang lagi tak senonoh. Cuit hujung lidi tu ke tahi kucing korang dan bagi kucing tu cium. Ulangi perbuatan ni 3 hari berturut turut. Insyaallh, kucing korang tu akan insaf. Mungkin dia pun malu kalau tuan dia buat perangai macam tu kot. Wahahaha.

Itu petua yang aku dapat di www.petua tradisional.com. Walaupun aku tak berminat untuk mencuba, tapi petua agak menarik untuk dikongsikan. Kalau korang buat tapi tak jadi, jangan marah aku.

15 ulasan:

Nabihah berkata...

Oh macam tu caranya :-)
Terima kasih :-)

Princess Mimi berkata...

hahaha..kelakarnyaa petua..kucing saya msa mula2 bela selalu berak merata tmpt tp bila nmpk dia nk berak terus mrh2 kat dia then kurung kt bilik mndi..skrg kucing2 sy dh berak kt bilik mndi..hihi

abg jem berkata...

mmg berkesan cara ukur ekor kucing tu....kucing tu kena psiko sebenarnya...

kucen master berkata...

@Nabihah, ni cara yang saya jumpa kat internet. tak pernah cuba pun

kucen master berkata...

@Princess Mimi, wah senangnya kerja. tinggal flish je. pasir pun tak payah beli

kucen master berkata...

@abg jem, pernah cuba ke?

PeRdU cINta berkata...

Cousin PC buat seperti petua tersebut..alhamdulillah menjadi..dengan izin Allah..

kucen master berkata...

@PeRdU cINta, wau...bestnye

Zyra Roxx berkata...

hahahaha! lawak lah ^___^
teriingin jugak nak try tp buat masa sekarang belum berkucing lagi

kucen master berkata...

@Zyra Roxx, kalau teringin bela kucing parsi, saya ada jual.hihiii(ambil kesempatan promote)

HanymHunny berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
HanymHunny berkata...

kucing sya membuang dalam toilet...xde petua, tapi mse husben buang 'ayak' kecik bkak pntu cket bg dia tgok, trus kucing sya ikut, hahahaha...tapi mmg berkesan ;-)

kucen master berkata...

@HanymHunny, best petua awak.ada berapa ekor kucing?

buyip berkata...

Petua saya senang. Pertama bagi kucing makan banyak banyak. Banyak banyak punya banyak. Minum pun sama. Lepas tu main dengan dia kejap. Dalam 5 minit nanti dia kuis2 lantai. Masa tu angkut dia bawak pi tempat berak (cat litter, pasir kucing). Buat la dalam 2-3 kali. Insyaallah jadi.

HanymHunny berkata...

@kucen master 4 ekor je

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes