e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Ritual Cium Duit Memesongkan Aqidah? | KucenMaster

Selasa, 26 Mei 2015

Ritual Cium Duit Memesongkan Aqidah?

Dua tiga hari ni, kecoh pasal sekumpulan geng bisnes Multi Level Marketing atau nama manjanya MLM buat ritual cium duit, ritual sembah duit atau ritual puja duit. Sejak tersebar gambar gambar ni, ramai 'ustaz' dan 'ustazah' mengeluarkan fatwa ritual ini dikhuatiri memesongkan aqidah umat Islam. Kenapa ye??

Bayangkan lepas bekerja keras, kita dapat duit banyak ni
Puas aku belek gambar gambar ni, tak nampak pun apa apa yang menyerupai pemujaan ataupun penyembahan macam yang di'viral'kan di facebook. Apa yang aku nampak, penganjur meminta semua peserta memegang, mencium dan membayangkan duit berkepuk tu milik mereka. Tujuannya sekadar memberi motivasi agar bekerja keras untuk memastikan bayangan tadi menjadi kenyataan.
Dengan usaha yang berterusan, kita boleh memiliki duit macam ni
Kalau perbuatan mencium duit tu memesongkan aqidah, aku rasa ramai je antara kita yang mencium gaji pertama kita. Ada yang mencium kereta pertama yang baru beli. Aku pun cium kucing aku, tu bermakna aku memuja kucing ke?? Takkan tu pun jatuh aqidah kita??

Dalam mengejar impian, kita kena selalu memotivasikan diri. Macamana caranya, terpulanglah kepada kita. Yang penting, perlu ada asas agama agar tidak terpesong.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes