e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

KucenMaster: September 2015 September 2015 | KucenMaster

Selasa, 22 September 2015

Mencari Kucing Jantan Untuk Mengawan

Kucing parsi flatface jantan diperlukan untuk mengawan dengan Diva dan Kitty. Haaaa.... Dua ekor sekali sapu. Three some kau. Hee heee.

Rabu, 16 September 2015

Angsa

Angsa sememangnya salah satu haiwan kegemaran aku. Dulu masa tinggal di Terengganu, banyak angsa yang aku bela. Manja dengan aku, tapi garang dengan orang lain. Bila dah balik ke Selangor ni, duduk pula kat bandar. Terpaksalah aku lupakan hobi membela angsa. Angsa angsa aku tu pun aku bagi je kat kawan kat Terengganu.

Keputusan JDT VS South China


Johor Darul Takzim menempa sejarah bola sepak Malaysia apabila melangkah ke separuh akhir Piala AFC malam tadi. Kejayaan menumpaskan South China dari Hong Kong di tempat lawan memang sesuatu yang sangat membanggakan bukan saja rakyat Johor tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.

Khamis, 10 September 2015

Punca Ultras Malaya Mengamuk

Ultras Malaya mengamuk sakan di Stadium Shah Alam ketika menentang Arab Saudi pada perlawanan kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. Tak cukup kain rentang mengutuk FAM. Mercun, suar dan bom asap dilempar ke dalam padang. Masih tak cukup lagi? Tempat duduk penonton di stadium menjadi mangsa. Dicabut dan dibaling ke dalam padang. Beberapa orang penyokong Arab Saudi juga menjadi mangsa terajang pecinta sukan bola sepak tanah air.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes