e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Angsa | KucenMaster

Rabu, 16 September 2015

Angsa

Angsa sememangnya salah satu haiwan kegemaran aku. Dulu masa tinggal di Terengganu, banyak angsa yang aku bela. Manja dengan aku, tapi garang dengan orang lain. Bila dah balik ke Selangor ni, duduk pula kat bandar. Terpaksalah aku lupakan hobi membela angsa. Angsa angsa aku tu pun aku bagi je kat kawan kat Terengganu.
Angsa putih dan angsa kelabu
Sekarang dah kahwin. Tengok rumah mak mertua boleh tahan luas kat Melaka. Terasa nak menceburkan diri balam bidang penternakan angsa ni semula. Cerita dengan mertua pasal angsa, dia pun tangkap minat. Apa lagi, umpan dah mengena, belilah sepasang anak angsa putih dan sepasang anak angsa kelabu. Harga anak angsa putih RM80 seekor dan  kelabu RM45 seekor. Mahal wooo. Malangnya angsa kelabu jantan dah mati dibaham musang.

Masa berlalu. Sekarang angsa angsa tu dah besar dan bertelur. Orang cakap, telur sulung ni biasanya tak menetas. Tapi ikut pengalaman aku dulu, angsa memang tak pandai mengeram. Masa kat Terengganu dulu, aku tetaskan telur angsa guna mesin inkubator yang aku buat sendiri. Kadar penetasan agak tinggi. Dalam 70 peratus. Kalau bagi ibu angsa yang mengeram, 10 peratus pun belum tentu menetas. Asyik asyik jadi telur tembelang.
Inkubator manual yang aku buat
Berbalik angsa kat rumah mertua aku ni, telur musim pertama dan kedua, aku nak biar angsa tu mengeram secara semula jadi. Tapi kalau kadar penetasannya rendah sangat, telur untuk musim ketiga dan seterusnya, aku akan gunakan bantuan inkubator DIY aku ni.
Telur angsa
Mana tahu kalau angsa angsa ni produktif, mungkin rumah mertua aku akan jadi pusat pengeluaran angsa. Huhuu.

6 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

PC fobia dengan angsa..

kucen master berkata...

@PeRdU cINta, angsa ni memang garang. tapi kalau dia dah kenal kita, manja macam kucing tau

Padlie CSP berkata...

Dah lama tak jumpa angsa. Masa kecil dulu selalu kena kejar angsa.
Recent post: Kerana air, tandas meletup!!!

TukangKebun berkata...

Kalau kat Lembah Klang angsa kelabu je anak dah RM80 seekor.
Memang mahal angsa ni.

Fadhil Fauzi berkata...

Tuan bleh x nk tahu berape suhu yg tuan set untuk tetaskan telor angsa?

kucen master berkata...

@Fadhil Fauzi, 39'C.suhu ni saya guna untuk telur ayam sekali.Alhamdulillah banyak yg menetas

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes