e1cf37fceece72e44a5476561d72e1d5b640ea1b

Punca Ultras Malaya Mengamuk | KucenMaster

Khamis, 10 September 2015

Punca Ultras Malaya Mengamuk

Ultras Malaya mengamuk sakan di Stadium Shah Alam ketika menentang Arab Saudi pada perlawanan kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019. Tak cukup kain rentang mengutuk FAM. Mercun, suar dan bom asap dilempar ke dalam padang. Masih tak cukup lagi? Tempat duduk penonton di stadium menjadi mangsa. Dicabut dan dibaling ke dalam padang. Beberapa orang penyokong Arab Saudi juga menjadi mangsa terajang pecinta sukan bola sepak tanah air.

Insiden yang memalukan negara tercetus disaat pasukan Harimeow Malaya cuba bangkit dari kekalahan yang memalukan apabila dibelasah tanpa mampu melawan sehingga 0-10 dengan UAE tempoh hari. Kali ini pasukan Harimeow Malaya hanya kalah 1-2 dengan Arab Saudi ketika perlawanan belum berakhir. Bagaimanapun, penonton mengambil alih stadium untuk beraksi menentang FAM pada minit ke 88.

Akhirnya setelah sekian lama menuntut perubahan dalam kepimpinan FAM melalui saluran yang 'betul', Kesabaran Ultras Malaya akhirnya meletus. Minit ke 88 sengaja dipilih untuk memprotes salah satu peraturan FAM yang paling mengarut iaitu Artikel 88. Peraturan yang menghalang sesiapa daripada mengkritik kepimpinan FAM secara terbuka (cara terbuka salah, cara tertutup tak di layan). Ultras Malaya sengaja memilih cara yang memalukan negara, FAM dan merugikan pasukan Harimeow Malaya buat sementara waktu tetapi membuka peluang yang lebih baik untuk masa depan. Kalau FAM masih tak dengar, tak tahulah nak buat apa lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | coupon codes